Select Page

                                            

 Membantah penindasan terhadap Falun Gong

 – Membawa Jiang Zemin ke muka pengadilan dan menghapuskan Parti

  Komunis China (PKC) demi menghentikan penindasan terhadap Falun Gong.

  Ulang Tahun Ke-22

 

Pada 20 Julai 1999, Jiang Zemin, bekas presiden Parti Komunis China (PKC), tidak mematuhi undangundang negara China, menyalahgunakan kuasanya melancarkan penindasan terhadap Falun Gong. PKC

juga merampas organ para pengamal Falun Gong dan diniagakan untuk mengaut keuntungan, tahap kekejaman jenayah tersebut tidak dapat dibayangkan.

Hari ini, kami datang di Kedutaan China untuk membantah penganiayaan kejam ini yang telah berlangsung selama 22 tahun. Pada masa yang sama, kami hendak menyeru semua lapisan masyarakat supaya memberi perhatian kepada penganiayaan yang paling jahat dalam sejarah manusia. Menghukum pembunuh Jiang Zemin dan menghancurkan PKC supaya menamatkan penganiayaan yang tidak berperikemanusiaan ini.

Keputusan tunggal Jiang Zemin yang menyalahi undang-undang mengarahkan penindas ke atas pengamal Falun Gong sejak 22 tahun yang lalu.

Falun Dafa yang juga dikenali Falun Gong adalah sejenis kultivasi Buddha dengan mengikuti prinsip alam semesta tertinggi iaitu “Sejati-Baik-Sabar”. Falun Gong mula diperkenalkan ke dunia pada Mei, 1992 oleh Encik Li Hongzhi di Changchun, China. Dalam masa yang singkat, Falun Gong telah berjaya meningkatkan kesihatan fizikal dan moral serta memberi harapan baru kepada masyarakat secara amnya.

Kajian dan penyiasatan menyeluruh dilakukan pihak Jabatan Sukan China ke atas Falun Gong pada tahun 1998. Hasil penyelidikan merumuskan bahawa kultivasi Falun Gong dapat mencapai pemulihan kesihatan sehingga 98%. Penyelidikan seterusnya dilakukan oleh Qiao Shi, bekas pegawai atasan PKC, mendapati bahawa Falun Gong membawa kebaikan tanpa sebarang unsur negatif.

Sugguhpun Falun Gong dikatakan membawa kebaikan kepada masyarakat umum, tetapi sifat cemburu bekas pengerusi PKC, Jiang Zemin mencetuskan penindasan yang kejam ini. Keputusan tunggal Jiang yang tidak menghiraukan bantahan 6 anggota Politburo yang lain dalam PKC, telah melanggar undangundang dan menyalahguna kuasanya. Jiang juga menubuhkan satu unit haram yang bergelar “Pejabat 610” pada 10hb Jun, 1999 yang berfungsi untuk membentuk, merancang dan melaksanakan pelbagai penindasan ke atas pelatih-pelatih Falun Gong dan aktiviti-aktiviti mereka.

Pelancaran secara besar-besaran penindasan ke atas jutaan pelatih Falun Gong di China berlaku pada 20hb Julai, 1999, oleh Jiang Zemin. Tomahan, fitnah dan hasutan digunakan untuk menamankan rasa kebencian ke atas Falun Gong. Ini mengakibatkan jutaan pelatih Falun Gong ditangkap, dipenjara dan diseksa. Menurut laporan laman sesawan Minghui setakat 14hb Julai, 2017, seramai 4,114 pelatih Falun Gong dibunuh oleh PKC di China. Angka ini cuma “ Tips of the Iceberg”. Angka sebenar dikatakan jauh lebih tinggi dan amat menakjubkan.

Jenayah PKC Terhadap Manusia: Salahguna Kuasa oleh Jiang Zemin

Tarikh 20 Julai setiap tahun merupakan satu tarikh kenangan yang amat ngeri buat pengamal Falun Gong China. Kekejaman merampas organ para pengamal Falun Gong secara hidup untuk mendapatkan keuntungan merupakan “Jenayah yang paling jahat yang belum pernah berlaku di planet ini,” telah mengejutkan seluruh dunia. Tahun demi tahun, masyarakat antarabangsa terus tegas mengutuk kekejaman PKC ini.

Pada 17hb Jun 2019, Mahkamah Rakyat Bebas British telah mengadakan penghakiman terakhir di London, memutuskan bahawa PKC telah melakukan jenayah terhadap manusia. Mahkamah juga memutuskan bahawa jenayah perampasan organ secara hidup telah dijalankan secara besar-besaran di China dengan masa yang panjang, dan kebanyakkan mangsa adalah daripada golongan pengamal Falun Gong, ada juga Kaum Uyghur Muslim dari Xinjang dalam tahanan. Pengerusi Mahkamah Bebas British Geoffrey Nice QC, berkata bahawa: “Tiada bukti yang menunjukkan bahawa jenayah ini sudah berhenti, mahkamah akan terus menyiasat kes ini dan mereka juga menjemput wakil-wakil pihak berkuasa China untuk menghadiri penghakiman tersebut tetapi TIADA respon yang diterima daripada pihak PKC.” Jenayah perampasan organ oleh PKC secara hidup tidak pernah berhenti sehingga kini. Keputusan mahkamah jelas menunjukkan betapa kejamnya rejim Komunis PKC yang langsung tidak menghiraukan hak asasi manusia rakyat sendiri. Perlu ditekankan di sini bahawa pada bulan Jun 2021, sekali lagi Mahkamah Rakyat Bebas British mengadakan tribunal untuk mendengar tuduhan PKC menindas kaum Uyghur Muslim di Xinjang, China. Bayangkanlah, mana negara dalam dunia ini yang begitu rapi dituduh mencabul hak asasi manusia rakyatnya sendiri.

Sekatan Amerika Terhadap Penganiaya dari China

Menurut laporan Minghui.com pada 31 Mei 2019, beberapa kumpulan agama dan iman di Amerika Syarikat baru-baru ini telah dimaklumkan bahawa kerajaan Amerika akan menapis dengan lebih ketat tentang permohonan semakan visa untuk penganiya hak-hak asasi manusia dan agama sampai tahap penafian visa, termasuk visa pendatang dan visa bukan imigran (seperti perjalanan, lawatan keluarga, perniagaan, dll.), pemegang visa (termasuk “pemegang kad hijau”) juga boleh ditolak untuk masuk ke Amerika Syarikat. Pegawai Jabatan Negara Amerika juga memaklumkan pengamal Falun Gong di Amerika supaya menyerahkan senarai penindas kepada Kerajaan Amerika.

“Pertubuhan Dunia untuk Menyiasat Penganiayaan terhadap Falun Gong” WOIPFG juga menggesa masyarakat dunia untuk melaporkan perampas organ pengamal Falun Gong, orang yang bertanggungjawab langsung di semua peringkat pegawai Parti dan sistem polis, ataupun peserta penindasan terhadap Falun Gong. Khususnya, senarai Pejabat “610” dan bukti-bukti jenayah mereka, situasi saudara-mara mereka di luar negara, dan harta benda mereka yang tidak sah dan disembunyikan. Semua ini adalah untuk persediaan menyekat ekonomi mereka pada masa depan, termasuk pembekuan kewangan, rampasan, dan menghukum jenayah keluarga mereka sebagai “rakan sejenayah”. Keputusan Amerika ini akan mengejutkan dan menangkap orang jahat, jenayah mereka tidak akan dilepaskan! Pada masa yang sama, penindas PKC di luar China juga akan terlibat, seperti pengacau di luar Pusat Persembahan Shen Yun, pengacau di luar Pusat Persembahan Shen Yun Symphony Orchestra, pengacau di luar tempat perkongsian pengalaman pengamal Falun Gong, dan pengurus laman web yang menyebarkan khabar angin yang palsu untuk memburukkan nama baik Falun Gong. Sekatan ini juga akan melibatkan pegawai-pegawai Kedutaan China di Malaysia.

Tuduhan Jenayah Ke Atas Jiang Zemin Adalah Trend Dunia Kini

Sejak 1 Mei 2015, mahkamah China mengimplementasikan prinsip “semua kes dilapor akan disiasat, segala tuduhan akan dipeduli”. Sehingga kini, sudalah terdapat lebih daripada 200 ribu orang memfailkan tuduhan ke atas Jiang Zemin kepada Mahkamah Persekutuan China dan Mahkamah Agong China untuk menghukum penjenayah tersebut.

Pada masa yang sama, pada Julai 2015, golongan Falun Gong di Hong Kong dan Taiwan dan golongan peguam yang menuntut hak asasi manusia pengamal Falun Gong bersama-sama melancarkan “petition global untuk menyokong rakyat China menuduh aktiviti jenayah Jiang Zemin,”. Sehingga 19 Julai 2021 terdapat sokongan daripada 37 Negara di seluruh dunia, lebih daripada 3.87 juta (3,870,000) orang awam dan sokongan daripada komuniti politik, undang-undang dan perubatan di empat benua. Marilah kita tanpa mengira etnik, kewarganegaraan, menyokong pengamal Falun Gong di China yang ditindas selama 22 tahun memperoleh keadilan yang paling besar dalam abad ke-21 ini. Biar keadilan ditunjukkan semula kepada dunia!

22 tahun yang berlalu ini, pengamal Falun Gong sentiasa menegakkan nilai-nilai murni, memegang kepada prinsip “Sejati, Baik, Sabar”. Kami bukan melawan rejim PKC, kami juga tidak ada kuasa dan niat untuk melawan.

Pada hari 7.20 (20 Julai 2021), ulang tahun ke 22 penindasan ke atas Falun Gong, terdapat 37 buah negara di seluruh dunia telah menerima senarai nama penindas yang melakukan kezaliman ke atas Falun Gong. Mereka ini akan dilarang memasuki dan memegang harta di 37 buah negara ini, harta benda mereka juga akan dibekukan jika ada. Ini menunjukkan semakin ramai pemimpin negara mula sedar dan enggan menerima muslihat dari rejim PKC.

Kami di sini menyeru kepada rejim PKC supaya menghentikan penindasan ke atas pengamal pengamal “Sejati, Baik, Sabar” yang tidak bersalah. Penindasan selama 22 tahun adalah cukup panjang dan masih berlaku, masyarakat umum juga harus mengambil perhatian dan mengenali muka sebenar PKC.

Masyarakat umum harus dapat membezakan antara Rejim PKC dan China.

Sekian terima kasih.

Pelatih Pelatih Falun Gong Malaysia

27hb Julai 2021